Saturday, January 10, 2009

Kenapa Lelaki Ni Ekk??

!...

KENAPA LELAKI SUKA BERBOHONG???
Menurut mereka kononnya mereka tidak sungguh sungguh berniat begitu. Ini kerana wanita selalu ingin mendengar apa yang ingin mereka dengar, bukan apa yang sebenarnya terjadi. Lelaki tidak benar benar berniat membohongi wanita dan hanya berusaha menyenangkan mereka.

KENAPA LELAKI KURANG BERKOMUNIKASI???
Jika wanita berfikiran begitu, maka akan lebih baik bila mereka tutup mulut saja daripada mengundang masalah dengan pasangan mereka. Rupa rupanya para lelaki tidak suka wanita yang cerewet dan bz-body.

KENAPA LELAKI TIDAK SUKA BERKONGSI PERASAAN???
Bagaimana mereka boleh berkongsi perasaan kalau mereka sendiri sebenarnya tidak begitu faham apa yang mereka rasakan? Maklumlah, lelaki belajar dari pengalaman tapi ternyata hanya beberapa perasaan saja yang boleh mereka identifikasikan: marah, benci dan muak. Kadang kadang mereka juga bingung apa yang harus dikatakan ketika pasangan berbicara tentang perasaan. Itu membuat mereka berasa terganggu dan tidak selesa.

KENAPA LELAKI SELALU LAMBAT BERTINDAK???
Bukannya lembab atau lambat, tetapi mereka hanya ingin benar benar menikmati apa yang sedang mereka lakukan. Dan mereka tidak ingin membiarkannya berlalu begitu cepat.

KENAPA LELAKI MALAS MENJAWAB PERTANYAAN KITA???
Mereka mendengar semua pertanyaan itu sebenarnya. Hanya saja kadang kadang mereka menganggap kita selalu sering bertanyakan sesuatu yang tidak perlu. Mereka tidak mahu membuang masa dan tenaga. Jika mereka fakir jawapannya tidak akan melegakan mereka, tentu saja mereka akan lebih memilih untuk diam.

No comments: